KUALA LUMPUR 11 Julai – Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) yakin mampu meraih keputusan yang lebih baik bagi Amanah Hartanah Bumiputera (AHB), selepas dana itu berjaya mengekalkan dividen berterusan dalam jajaran 5.8 sehingga 7.5 peratus setahun bersih selepas ditolak zakat, sejak tahun lepas. Pengarah Urusan Kumpulan PHB, Datuk Mahmud Fauzi Muda berkata, walaupun pasaran hartanah Malaysia berhadapan dengan cabaran sejak beberapa tahun, namun, sejak kebelakangan ini, permintaan bagi unit AHB amat…










