Aduan batu tanda ‘uzur , pudar’ tidak diendah MPAJ - Utusan Malaysia

Aduan batu tanda ‘uzur , pudar’ tidak diendah MPAJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penduduk di sekitar Taman Cheras Indah melahirkan rasa kecewa apabila aduan mereka berhubung batu tanda yang telah uzur dan pudar tidak diendahkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

BATU tanda Taman Cheras Indah yang terletak di tepi jalan utama menuju Pandah Indah berdekatan stesen LRT Pandan Jaya yang didakwa penduduk sudah uzur dan pudar warna. – UTUSAN ONLINE

Dakwa penduduk, aduan berhubung keadaan batu tanda yang terletak di tepi jalan utama menuju Pandan Indah berdekatan dengan stesen transit aliran ringan (LRT) Pandan Jaya itu telah dibuat sejak tiga minggu yang lalu namun tiada sebarang tindakan diambil.

Seorang penduduk, Rashid Ahmad memberitahu, pihak berkuasa tempatan itu memberi pelbagai alasan termasuk tidak mempunyai peruntukan untuk mencantikkan batu tersebut.

“Saya sangat terkilan dengan jawapan yang diberikan oleh MPAJ kerana ia tidak selari dengan slogan mereka yang mana ingin mencantikkan serta melestarikan kawasan di sekitar Ampang Jaya.

“Diharapkan, tindakan segera meliputi kerja-kerja pengindahan termasuk menggantikan batu baharu dapat diambil pihak MPAJ di kawasan perumahan ini ,” katanya kepada Utusan Malaysia.- UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×