Adakan pemilihan semula jika mampu beri kebaikan kepada UMNO - Utusan Malaysia

Adakan pemilihan semula jika mampu beri kebaikan kepada UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 11 Julai – Sebarang pelantikan sesuatu jawatan di dalam UMNO atau Barisan Nasional (BN) perlu melalui perbincangan dan muafakat bagi mengelak perpecahan di dalam parti.

Dalam masa sama, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zahidi Zainul Abidin juga tidak mempunyai masalah sekiranya pemilihan semula bagi memilih kepemimpinan diadakan, andai langkah itu mampu memberi kebaikan kepada parti.

Kata Ketua UMNO Bahagian Padang Besar itu, apa yang lebih penting adalah kepemimpinan serta ahli UMNO perlu bersatu dan fokus kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekarang kita tidak mahu berlaku sebarang unsur-unsur perpecahan kerana ia merugikan UMNO. Apa jua tindakan dan lantikan perlu ada perbincangan dan muafakat.

“Di saat rakyat sedang menolak Pakatan Harapan (PH), kita perlu merapatkan dan perkemaskan saf dalam menghadapi PRU-15,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas wujudnya suara-suara dan desakan daripada akar umbi UMNO supaya pemilihan semula parti diadakan rentetan situasi semasa dalam parti itu termasuklah kembalinya Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kepemimpinan tertinggi BN.

Pelantikan Najib mengundang pelbagai reaksi antaranya Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menganggap ia satu langkah ke belakang dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin mengakui tidak gembira mendengar berita itu.

Tambah Zahidi, beliau percaya, suasana di dalam parti pada masa ini cukup harmoni dan jika ada sebarang ketidakpuasan hati boleh diselesaikan dengan baik melalui perbincangan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini