PASIR GUDANG – Tujuh sampel darah dan air kencing mangsa pencemaran udara diambil untuk dianalisis bagi mengesan bahan kimia yang menyebabkan mereka mengalami simptom sesak nafas dan muntah-muntah. Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin berkata, sampel akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi mengesan bahan kimia yang terdapat dalam insiden pencemaran udara di sini. “Ujian dijalankan sama ada sampel ini mengandungi bahan kimia…










