6 maut dan 14 cedera, serangan pengebom di majlis kahwin - Utusan Malaysia

6 maut dan 14 cedera, serangan pengebom di majlis kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JALALABAD 12 Julai – Seramai enam orang maut dan 14 lagi cedera ekoran serangan pengebom bunuh diri pada majlis kahwin di timur Afghanistan, hari ini.

Taliban yang telah berikrar untuk mengurangkan orang awam menjadi mangsa menafikan bertanggungjawab dalam serangan di Nangarhar itu.

Kawasan itu dekat dengan sempadan Pakistan menempatkan organisasi pemberontak lain termasuk Daesh yang menjalankan serangan sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap Gabenor Nangarhar, Attaullah Khogyani berkata, pengebom bunuh diri meledakkan dirinya pada majlis kahwin di daerah Pachiragam. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini