LANGKAWI 31 Julai – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menafikan kempen melawan gejala penyalahgunaan dadah yang dilaksanakan di negara ini, selama ini tidak berkesan. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, pihaknya merekodkan sebanyak 55 peratus individu yang terlibat dalam masalah penyalahgunaan dadah berjaya dipulihkan sepenuhnya. Menurutnya, angka itu berada dalam julat pemulihan antarabangsa yang ketika ini berada antara 40 ke 60 peratus penagih dadah yang tidak lagi menyentuh bahan…










