SHAH ALAM 21 Julai – Empat termasuk seorang wanita yang sedang mengadung mati akibat dihempap tangga rumah yang tiba-tiba runtuh di Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh, dekat sini tengahhari tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, dua daripada mangsa adalah warga Indonesia, manakala identiti dua lagi sedang dikenal pasti.
Katanya, tangga yang runtuh itu sedang dalam pembinaan dan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.57 tengah hari tadi.
“Berdasarkan laporan awal, empat mangsa, tiga lelaki dan seorang wanita mengandung dihempap tangga rumah dua tingkat yang tiba-tiba runtuh.
“Tangga rumah dua tingkat masih dalam pembinaan runtuh dan empat mangsa termasuk dua warga Indonesia dipercayai turut terkena renjatan elektrik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE











