20 individu ditahan positif dadah - Utusan Malaysia

20 individu ditahan positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seramai 20 individu ditahan selepas disyaki positif pelbagai jenis dadah dalam Ops Bersepadu Tindakan Khas di sebuah premis hiburan di sekitar Jalan Kia Peng di sini hari ini.

Dalam operasi bermula pada pukul 12.30 tengah malam itu telah di jalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Penolong Pengarah Penguatkuasaan AADK Kuala Lumpur, Mohamad Hanif Omar berkata, menerusi operasi terbabit pihaknya telah menjalankan ujian saringan air kencing terhadap 53 individu dan 20 daripadanya didapati positif dadah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua 20 individu terbabit terdiri daripada 14 lelaki dan enam wanita berusia dalam lingkungan 18 hingga 50 tahun yang didapati positif dadah jenis syabu serta tetra hydrocannabinol (THC).

“Kita juga telah mengambil tindakan menutup premis berkenaan serta merta selepas didapati melanggar syarat-syarat yang dilesenkan di bawah Seksyen 17 Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.30 pagi dan kesemua tangkapan telah di bawa ke ibu pejabat AADK Wilayah Persekutuan untuk disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini