1MDB: Tidak tangguh, perbicaraan Najib kekal 19 Ogos - Utusan Malaysia

1MDB: Tidak tangguh, perbicaraan Najib kekal 19 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berhadapan dengan 25 pertuduhan rasuah dan penggubahan wang melibatkan RM2.28 bilion milik dana 1Malaysia Development Berhad’s (1MDB) akan diteruskan pada 19 Ogos,  sebagaimana yang ditetapkan.

Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mengenepikan notis usul yang difailkan oleh Pendakwa Raya sebgai pemohon, agar perbicaraan 1MDB ditangguhkan buat kali keempat untuk memberi laluan kepada perbicaraan Najib dalam kes berkaitan SRC International Sdn. Bhd., supaya diselesaikan terlebih dahulu.

Hakim Sequerah sebelum ini menetapkan 19 sehingga 29 Ogos; seluruh bulan September dan Oktober, kecuali hari Jumaat; dan dua minggu pertama pada November, untuk perbicaraan 1MDB Najib.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam penghakiman ringkas, hakim itu berkata, mahkamah mendapati tidak ada sebab yang munasabah untuk menangguhkan perbicaraan 1MDB kerana perkara itu melibatkan kes yang mempunyai kepentingan awam.

“Kes ini perlu diteruskan tanpa sebarang penangguhan lagi, dan oleh itu ia tidak mencetuskan sebab yang munasabah untuk membolehkan perbicaraan 1MDB ditangguhkan lagi. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini