17 pemain JDT dijangkiti influenza kini stabil - Utusan Malaysia

17 pemain JDT dijangkiti influenza kini stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 11 Julai – Seramai 17 pemain Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dijangkiti influenza kini berada dalam keadaan stabil.

Timbalan Pengarah Kesihatan(Kesihatan Awam), Dr. Shaharom Nor Azian Che Mat Din berkata, mereka semuanya mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Pakar KPJ Johor di sini selepas disahkan dijangkiti virus tersebut.

“Sebelum ini sebanyak sembilan kes influenza dilaporkan mulai 2 Julai 2019. Lapan daripada kes tersebut disahkan menghidap influenza B manakala seorang lagi disahkan menghidap influenza A,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kelmarin seramai 17 pemain JDT dilaporkan dijangkiti virus berkenaan yang melibatkan 10 pemain pasukan utama JDT, empat pemain JDT II dan tiga pemain JDT III. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini