YAN 6 Julai – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini mengambil langkah lebih proaktif dengan mempergiatkan kempen kesedaran terhadap masyarakat tentang bahaya pencerobohan di 1,655 kilometer kawasan jajarannya. Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd. Rani Hisham Samsudin berkata, langkah itu penting memandangkan sehingga kini masih ada kes pencerobohan di kawasan landasan berlaku hingga menjejaskan pengoperasian KTMB apabila melibatkan rempuhan manusia dan haiwan ternakan. “Kita akan tingatkan program kesedaran di kawasan tumpuan (hotspot) bagi mengurangkan kes, ini termasuklah kempen sepanjang tahun bagi mendidik masyarakat yang menetap berhampiran stesen mengenai aspek keselamatan. “Usaha…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya