14 PATI ditahan - Utusan Malaysia

14 PATI ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 31 Julai – Polis menahan 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu selama tujuh jam di sekitar bandar raya ini.

Dalam operasi bermula kira-kira pukul 9 malam sehingga 4 pagi itu, dua daripada mereka didapati positif dadah selepas ujian air kencing dijalankan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kesemua mereka berumur antara 14 dan 54 tahun itu adalah sebahagian daripada 59 individu diperiksa dalam operasi dijalankan di tujuh lokasi sekitar bandar raya ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seramai 45 individu lain dilepaskan setelah keluarga dan majikan mereka memberi kerjasama menghantar kad pengenalan serta pasport asal untuk tujuan pemeriksaan dokumen pengenalan diri dan dokumentasi di Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu.

“Kesemua PATI ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959 dan 1963, manakala, dua individu didapati positif dadah disiasat di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Habibi, operasi ini dilakukan bertujuan membendung kadar pertumbuhan PATI yang mengundang kepada kegiatan jenayah di Kota Kinabalu itu antara lain turut dibantu Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

“Operasi itu akan dijalankan secara berterusan dan orang ramai dialu-alukan menyalurkan maklumat kepada polis dalam usaha membanteras gejala negatif di sekitar bandar raya ini,” jelasnya.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini