JAKARTA 18 Julai – Seramai 139 orang di wilayah Papua meninggal dunia akibat krisis kebuluran dan penyakit berikutan pertempuran antara tentera dan kumpulan pemberontak.
Selain itu, menurut kumpulan bantuan manusia seperti dipetik Reuters, ribuan orang di wilayah terbabit terpaksa melarikan diri akibat pertempuran tersebut.
Seorang sukarelawan, Hipolitus Wangge berkata, 40 daripada yang meninggal dunia berusia di bawah lima tahun dan 24 lagi kanak-kanak di atas usia lima tahun.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kebanyakan pelarian mengalami jangkitan pernafasan dan cirit-birit. – AGENSI











