11 pelajar mangsa baharu pencemaran - Utusan Malaysia

11 pelajar mangsa baharu pencemaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 7 Julai – Seramai 11 pelajar dari empat buah sekolah di Pasir Gudang mengalami simptom pening, loya dan muntah-muntah pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, bagaimanapun pelajar berkenaan hanya berehat di kawasan sekolah masing-masing.

Murid berkenaan katanya, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai 2, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Nusa Damai, SMK Tanjung Puteri Resort dan SMK Pasir Putih.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada masa sama sehingga pukul 4 ini tiada pesakit baharu dimasukkan ke dalam wad dan setakat ini keadaan masih terkawal dan pada masa yang sama tiada mangsa yang mendapatkan rawatan saringan di Klinik Kesihatan Pasir Gudang dan Klinik Kesihatan Masai,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini