106,437 orang ditahan, RM264.78 juta dadah dirampas - Utusan Malaysia

106,437 orang ditahan, RM264.78 juta dadah dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Julai- Sebanyak 106,437 individu yang terlibat dengan kegiatan dadah ditahan polis bagi sepanjang tempoh tujuh bulan tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, sebanyak 16,279 orang ditahan kerana disyaki membekalkan dadah, 39,990 (memiliki) dan 50,168 orang didapati positif ujian air kencing.

Menurutnya, sepanjang tempoh tersebut, pihak polis turut merampas sebanyak 5,732.64 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM264.78 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara dadah dirampas adalah syabu seberat 4,325.9 kg, ketamin (176.51 kg), pil erimin 5 (63.25 kg), pil yaba (48.88 kg) dan pil ekstaksi (99.98 kg).

“Kita juga merampas dadah tradisional iaitu ganja seberat 550.22 kg dan heroin (467.9 kg),” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Dalam pada itu, menurut Mohd. Khalil, pihaknya menyita pelbagai jenis harta yang dianggarkan bernilai RM46.33 juta.

Tambahnya, selain itu, RM1.3 juta nilai harta yang disita telah dilucuthakan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini