10 sekolah dikenal pasti berisiko di kawasan perindustrian - Utusan Malaysia

10 sekolah dikenal pasti berisiko di kawasan perindustrian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 14 Julai – Kerajaan negeri sudah mengenal pasti 10 sekolah berisiko yang memerlukan pemantauan lebih rapi serta pemasangan alat pengesan gas secara tetap.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, 10 sekolah berkenaan terletak berhampiran kawasan perindustrian.

“Kami berharap pihak industri akan dapat membekalkan alat pengesan gas untuk diletakkan secara kekal di ke semua sekolah dalam kawasan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun tumpuan perlu diberi kepada 10 buah sekolah berisiko yang terletak berhampiran dengan kawasan perindustrian,” katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan bacaan udara di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Dahlia, di sini sebentar tadi.

Tambah beliau, 10 buah sekolah itu dikesan sebagai berisiko memandangkan bacaan udara yang diambil berubah-ubah dan tidak kekal pada paras sifar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini