KEBANYAKAN majlis Rasulullah bersama para sahabat adalah majlis mengingati Allah dan nasihat berbentuk galakan serta ancaman, sama ada bacaan al-Quran serta nasihat yang diturunkan oleh Allah kepada baginda. Rasulullah SAW mengajarkan perkara yang bermanfaat dalam agama, seperti yang diperintahkan oleh Allah dalam kitab-Nya supaya memberi teguran, nasihat, menceritakan kisah, dan menyeru ke jalan Tuhannya dengan menggunakan cara yang berhikmah. Sebagaimana firman Allah SWT maksudnya: “… dan sebagai pemberi khabar gembira…










