KUALA LUMPUR 26 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini dan kali ini dengan tujuh pertuduhan menerima suapan lebih SGD4.2 juta daripada sebuah syarikat pengendali perkhidmatan pusat sehenti di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN), dua tahun lalu. Bekas Timbalan Perdana Menteri berusia 66 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan…










