KLUANG 1 Jun – Yayasan Prihatin Kluang (YPK) menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian dan wang tunai kepada lebih 100 keluarga kurang berkemampuan sempena Hari Raya Aidilfitri. Sumbangan tersebut disampaikan Pengerusi YPK, Sheikh Umar Bagharib Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh dalam satu Program Jejak Asnaf di Dewan Jubli Intan, di sini malam tadi. Setiap keluarga menerima sumbangan antaranya minyak masak, beras, gula, tepung dan barangan lain…










