KUALA LUMPUR 28 Jun – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) akan terus terlibat secara aktif dalam bidang kewangan di peringkat global menerusi penglibatan agensi itu dalam usaha menubuhkan Bank Pembangunan Koperasi di rantau ASEAN. Ujar Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah, usaha tersebut telah pun disepakati oleh semua pemain utama koperasi negara ASEAN menerusi kerjasama ASEAN Co-Operative Organization (ACO). “Kebetulan saya dilantik sebagai Presiden ACO. Ini membolehkan usaha tersebut direalisasikan…










