LONDON 15 Jun – Willian dilaporkan semakin hampir untuk menandatangani kontrak baharu selama dua tahun di Chelsea dan perkhabaran itu sekali gus menutup spekulasi perpindahan keluar pemain itu dari Stamford Bridge. Bintang antarabangsa Brazil itu, sebelum ini dikatakan akan mengikut jejak langkah Eden Hazard, dengan Barcelona dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 30 tahun itu. Bagaimanapun, pemain itu kini bersetuju dengan perjanjian baharu dan menyaksikan dia kekal di barat London. Dengan kebarangkalian Chelsea bakal berdepan hukuman penggantungan dalam pasaran perpindahan, pengurusan kelab terpaksa melanggar polisi mereka yang sebelum ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya