Wawrinka, Federer dan Nadal tempah slot suku akhir - Utusan Malaysia

Wawrinka, Federer dan Nadal tempah slot suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Stan Wawrinka, Roger Federer dan Rafael Nadal menempah slot awal ke saingan suku akhir selepas berjaya menewaskan lawan masing-masing di pusingan keempat Terbuka Perancis, hari ini.

Dalam perlawanan pusingan keempat melibatkan pemain-pemain berkenaan menyaksikan Wawrinka terpaksa mengharungi perlawanan paling panjang sebelum berjaya meraih kemenangan ke atas lawannya Stefanos Tsitsipas dengan keputusan 7-6 (8-6), 5-7, 6-4, 3-6, 8-6.

Menanti Wawrinka dalam aksi suku akhir ialah Federer yang meraih kemenangan ke atas Leonardo Mayer 6-2, 6-3, 6-3.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Nadal dilihat tidak berdepan masalah melangkah ke saingan suku akhir selepas berjaya menewaskan Juan Ignacio Londero dengan keputusan 6-2, 6-3, 6-3.

Lima lagi perlawanan pusingan keempat akan berlangsung lewat hari ini bagi melengkapkan lapan slot pemain ke saingan suku akhir kejohanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini