KUANTAN – Seorang warga emas kerugian RM17,000 setelah diperdayakan oleh orang tidak dikenali yang mengaku dirinya sebagai cucu mangsa. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita berusia 73 tahun itu mendakwa menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali pada 1.35 tengah hari, 2 Mei lepas. “Suspek dikatakan menyamar sebagai cucu mangsa dan memberitahu ingin meminjam wang untuk dijadikan modal berniaga. Mangsa yang tidak mengesyaki…










