KUALA LUMPUR- Seorang lelaki warga emas maut akibat dirempuh sebuah kereta ketika berbasikal di Batu 16 Jalan Kuching-Serian, Kuching, Sarawak hari ini. Utusan Borneo melaporkan, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa, Phang Thiam Kui, 88, meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurutnya, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 8.32 pagi dan beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan dikerahkan ke lokasi kejadian. “Setibanya di lokasi kejadian, kita mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta yang bertembung dengan sebuah basikal. “Impak kemalangan tersebut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya