NILAI – Seorang lelaki warga emas berusia 69 tahun maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kereta di Jalan Mantin-Seremban dekat sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, mangsa, Mohd. Nor Anawar Din yang beralamat di Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Beranang maut di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Iswara dipandu mangsa berlanggar…










