Warga emas maut dirempuh kereta - Utusan Malaysia

Warga emas maut dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Seorang warga emas maut apabila motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di Jalan Kerteh-Batu Putih berhampiran kubur Pengkalan Ranggon di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Zakaria Ahmad, 62, dari Kampung Batu Putih di sini meninggal dunia di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Haki Hasbullah berkata, kemalangan dipercayai berlaku sewaktu mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori itu dalam perjalanan dari rumahnya menghala ke Kertih.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, setibanya di tempat kejadian, sebuah kereta jenis Perodua MyVi yang dipandu dari arah bertentangan tiba-tiba memasuki laluan dan kemudian merempuh motosikal mangsa.

“Akibat kemalangan itu mangsa tercampak beberapa meter ke dalam semak dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Haki, pemandu Perodua MyVi, Mohd. Shafuan Mohamad, 32, dari Kampung Pengkalan Ranggon, Kertih, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan manakala adiknya, Muhammad Faris Aiman, 16, bengkak pada mulut dan kini dirawat di Hospital Dungun.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini