KUALA LUMPUR – Pergerakan Wanita UMNO menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang sedang berhadapan dengan pertuduhan di mahkamah. Ketua Wanitanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, bagi pihaknya, Ahmad Zahid mempunyai hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan. Hak-hak ini, katanya, adalah selaras dengan prinsip asas undang-undang jenayah iaitu tidak bersalah sehingga terbukti bersalah. “Prinsip ini menjadi teras kepada sistem keadilan di seluruh dunia…










