Wan Azizah tinjau Kampung Kuala Koh - Utusan Malaysia

Wan Azizah tinjau Kampung Kuala Koh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba di Dewan Felda Aring 10 hari ini bagi meninjau perkembangan terkini jangkitan radang paru-paru (pneumonia) yang membabitkan masyarakat Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh di sini.

Beliau tiba kira-kira pukul 8.50 pagi dengan menaiki helikopter.

Dr. Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kemudiannya mendengar taklimat tertutup di Pusat Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) di Dewan Felda Aring 10 di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy dan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini