Wan Azizah hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Port Dickson - Utusan Malaysia

Wan Azizah hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail malam ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Anggota Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook; Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad; Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin dan perwakilan asing.

Turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, barisan Exco kerajaan negeri dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Majlis yang diadakan di tapak bersebelahan Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson yang berlangsung dari 7.45 hingga 11 malam itu, dihadiri lebih 5,000 pengunjung.

Dr. Wan Azizah dan Anwar turut beramah mesra dengan pengunjung yang hadir.

Hadirin turut dihiburkan dengan persembahan artis terkenal tempatan antaranya Datuk M. Nasir, Hail Amir, Uji Rashid, Ramlah Ram, Black dan Syamel. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×