VjQyZkBjRevolusi Jawi satukan rumpun Melayu - Utusan Malaysia

VjQyZkBj

Revolusi Jawi satukan rumpun Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VjQyZkBj

Oleh SAHIDAN JAAFAR

Memuatkan artikel berkaitan…

REVOLUSI tulisan Jawi yang wujud semasa kedatangan Islam di Nusantara yang dibawa oleh pe­dagang dan mubaligh Arab dari Asia Barat berjaya mengikat tali perpaduan melalui ‘satu bahasa, satu bangsa’ yang meliputi seluruh rumpun bangsa Melayu di Nusantara.

Cendekiawan Melayu te­r­-
u­lung, Profesor Dr. SyedNaquib Al-Attas dalam buku Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1990) menyatakan, pada zaman pra-Islam tidak terdapat satu tulisan tunggal atau satu abjad yang mampu menyatupadukan dengan kukuhnya bagi mengikat bahasa meliputi golongan penduduk yang diberi gelaran ‘rumpun Melayu’ di Nusantara yang meliputi negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Melayu di Indonesia.

Kedatangan Islam telah membawa bersamanya tulisan Arab yang dijadikan tulisan Melayu yang mempunyai tambahan beberapa huruf istimewa bahasa itu dan tulisan Jawi inilah yang dijadikan tali mengikat perpaduan satu bahasa meliputi seluruh golongan bangsa Melayu.

“Dengan tibanya Islam dalam kalangan orang Melayu, dengan pertukaran agama Hindu-Buddha-Animisme, kerajaan-kerajaan Melayu kepada Islam maka telah diterima dan dijadikan sebagai kepunyaannya juga abjad Arab dan tulisan Arab.

“Berdasarkan huruf-huruf Arab: ‘Jim’, ‘ayn’, ‘fa’, ‘kaf’ dan ‘nun’, lima huruf baru lambat laun tercipta, masing-masing menandakan bunyi-bunyi yang lazim pada bunyi lidah Melayu; ‘cha’, ‘nga’, ‘pa’, ‘ga’ dan ‘nya” (Syed Naquib Al-Attas 1990: 41).

Melalui pengkajian yang dijalankan sarjana itu mendapati tulisan-tulisan Melayu pada abad ke-16 dan ke-17, sudah terdapat istilah-istilah seperti ‘orang Melayu’ dan ‘negeri Melayu’ tetapi tiada istilah ‘bahasa Melayu’.

Syed Naquib turut menyatakan melalui pengkajian terhadap sejarah bahasa Melayu itu sendiri mendapati, orang Melayu menamakan bahasanya ‘bahasa Jawi’ meskipun istilah Jawi itu digunakan oleh mereka khusus bagi menamakan bahasanya berdasarkan tulisan Arab-Melayu seolah-olah orang Melayu kala itu menamakan bahasa­nya berdasarkan tulisannya.

“Bila mana bahasa Melayu dimaksudkan dalam tulisan-tulisan itu maka terdapat di situ, istilah ‘bahasa Jawi’. Kita tahu bahawa istilah Jawi itu (sebenarnya) adalah nama gelaran orang Arab terhadap seluruh bangsa-bangsa penduduk di daerah Kepulauan (Melayu) ini…” (Syed Naguib Al-Attas 1990: 43).

Syed Naquib berpendapat, konsep Jawi itu yang merangkumi pelbagai bangsa itu sebagai satu berdasarkan penyatuan bahasa Melayu sebagai bahasa umum melalui alat, satu tulisan yang sama terdapat di mana-mana dalam kalangan bangsa-bangsa Melayu-Indonesia inilah juga salah satu unsur kebudayaan yang menggerakkan proses sejarah ke arah pemupukan faham kebangsaan dalam peribadi masyarakat Melayu-Indonesia.

“Bahasa Melayu yang tadinya bahasa pasar terbatas itu telah mengalami suatu perubahan besar, suatu revolusi. Selain diperkaya perbendaharaan katanya dengan istilah-istilah dan perkataan Arab dan Parsi, bahasa Melayu juga dijadikan bahasa pengantar utama Islam di Kepulauan Melayu-Indonesia sehingga abad ke-16 selambat-lambatnya ia telah berjaya mencapai bahasa sastera dan agama yang luhur dan sanggup menggulingkan bahasa Jawa dalam bidang ini.

“Dan dengan demikian luasnya tersebar bahasa Melayu itu daripada akibat penggunaan oleh Islam sehingga dapat kini menjadi bahasa rasmi lebih 100 juta manusia di Asia Tenggara. Dengan ini pula bahasa Melayu-Indonesia itu haruslah dianggap sebagai bahasa Islam dan mungkin ke­dua terbesar dalam dunia Islam (selepas bahasa Arab)” (Syed Naquib Al-Attas 1990).

Justeru kesusasteraan Melayu makmur berkembang pada zaman kedatangan Islam melalui ‘pengislaman’ dan penyaduran karya-karya Arab dan Parsi kepada bahasa Melayu bertulisan jawi.

Profesor Dr. James T. Collins dalam buku ‘Bahasa Melayu Bahasa Dunia’ (2005) menyatakan berbagai karya dalam bahasa Parsi dan Arab secara terus menerus diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan karya asli baru berbahasa Melayu disalin kembali oleh penulis istana seperti Tun Seri Lanang.

“Banyak naskhah yang merupakan simbol budaya tradisional Melayu dianggap telah ditulis pada abad ke-16, misalnya bahagian penting dari Malay Annals (Sulalat U’ S-Salatin)” (James T. Collins 2005:24). Pertubuhan Saintifik, Pendidikan dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah mengiktiraf karya agung bangsa Melayu ini, Sulalat U’S-Salatin sebagai karya sejagat warisan dunia pada 2012.

ESOK: Keagungan Utusan Melayu sebagai ‘lidah Melayu’.

VjQyZkBj

Oleh SAHIDAN JAAFAR

REVOLUSI tulisan Jawi yang wujud semasa kedatangan Islam di Nusantara yang dibawa oleh pedagang dan mubaligh Arab dari Timur Tengah berjaya mengikat tali perpaduan melalui ‘satu bahasa, satu bangsa’ yang meliputi seluruh rumpun bangsa Melayu di Nusantara.

Cendekiawan Melayu terulung, Profesor Dr. Syed Naquib Al-Attas dalam buku ‘Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1990) menyatakan, pada zaman pra-Islam tidak terdapat satu tulisan tunggal atau satu abjad yang mampu menyatupadukan dengan kukuhnya bagi mengikat bahasa meliputi golongan penduduk yang diberi gelaran rumpun Melayu di Nusantara yang meliputi negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Melayu di Indonesia.

Kedatangan Islam telah membawa bersamanya tulisan Arab yang dijadikan tulisan Melayu yang mempunyai tambahan beberapa huruf istimewa bahasa itu dan tulisan Jawi inilah yang dijadikan tali mengikat perpaduan satu bahasa meliputi seluruh golongan bangsa Melayu.

“Dengan tibanya Islam di kalangan orang Melayu, dengan pertukaran agama Hindu-Buddha-Animisme, kerajaan-kerajaan Melayu kepada Islam maka telah diterima dan dijadikan sebagai kepunyaannya juga abjad Arab dan tulisan Arab.

“Berdasarkan huruf-huruf Arab: ‘Jim’, ‘ayn’, ‘fa’, ‘kaf’ dan ‘nun’, lima huruf baru lambat laun tercipta, masing-masing menandakan bunyi-bunyi yang lazim pada bunyi lidah Melayu; ‘cha’, ‘nga’, ‘pa’, ‘ga’ dan ‘nya” (Syed Naquib Al-Attas 1990: 41).

Melalui pengkajian yang dijalankan sarjana itu mendapati tulisan-tulisan Melayu pada abad ke-abad ke-16 dan ke-17, sudah terdapat istilah-istilah seperti ‘orang Melayu’ dan ‘negeri Melayu’ tetapi tiada terdapat istilah ‘bahasa Melayu’.

Syed Naquib turut menyatakan melalui pengkajian terhadap sejarah bahasa Melayu itu sendiri mendapati, orang Melayu sendiri menamakan bahasanya ‘bahasa Jawi’ meskipun istilah Jawi itu digunakan oleh mereka khusus bagi menamakan bahasanya berdasarkan tulisan Arab-Melayu seolah-olah orang Melayu kala itu menamakan bahasanya berdasarkan tulisannya.

“Bila mana bahasa Melayu dimaksudkan dalam tulisan-tulisan itu maka terdapat di situ, istilah ‘bahasa Jawi’. Kita tahu bahawa istilah Jawi itu (sebenarnya) adalah nama gelaran orang Arab terhadap seluruh bangsa-bangsa penduduk di daerah Kepulauan (Melayu) ini…” (Syed Naguib Al-Attas 1990: 43).

Syed Naquib berpendapat, konsep Jawi itu yang merangkumi pelbagai bangsa itu sebagai satu berdasarkan penyatuan bahasa Melayu sebagai bahasa umum melalui alat, satu tulisan yang sama terdapat di mana-mana di kalangan bangsa-bangsa Melayu-Indonesia inilah juga salah satu unsur kebudayaan yang menggerakkan proses sejarah ke arah pemupukan faham kebangsaan dalam peribadi masyarakat Melayu-Indonesia.

“Bahasa Melayu yang tadinya bahasa pasaran terbatas itu telah mengalami suatu perubahan besar, suatu revolusi. Selain diperkaya perbendaharaan katanya dengan istilah-istilah dan perkataan Arab dan Parsi, bahasa Melayu juga dijadikan bahasa pengantar utama Islam di Kepulauan Melayu-Indonesia sehingga abad keenam belas selambat-lambatnya ia telah berjaya mencapai bahasa sastera dan agama yang luhur dan sanggup menggulingkan bahasa Jawa dalam bidang ini.

“Dan dengan demikian luasnya tersebar bahasa Melayu itu dari akibat penggunaan oleh Islam sehingga dapat kini menjadi bahasa rasmi lebih 100 juta manusia di Asia Tenggara. Dengan ini pula bahasa Melayu-Indonesia itu haruslah dianggap sebagai bahasa Islam dan mungkin kedua terbesar dalam dunia Islam (selepas bahasa Arab)” (Syed Naquib Al-Attas 1990).

Justeru kesusasteraan Melayu makmur berkembang pada zaman kedatangan Islam melalui ‘pengislaman’ dan penyaduran karya-karya Arab dan Farsi kepada bahasa Melayu bertulisan jawi.

James T. Collins dalam buku ‘Bahasa Melayu Bahasa Dunia’ (2005) menyatakan berbagai karya dalam bahas Parsi dan bahasa Arab secara terus menerus diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan karya asli baru berbahasa Melayu disalin kembali oleh penulis istana seperti Tun Seri Lanang.

“Banyak naskhah yang merupakan simbol budaya tradisional Melayu dianggap telah ditulis pada abad ke-16, misalnya bahagian penting dari Malay Annals (Sulalat U’ S-Salatin)” (James T. Collins 2005:24). Pertubuhan Saintifik, Pendidikan dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah mengiktiraf karya agung bangsa Melayu ini, Sulalat U’S-Salatin sebagai karya sejagat warisan dunia pada tahun 2012.

ESOK: Keagungan Utusan Melayu sebagai ‘lidah Melayu’.

VjQyZkBj

MOMEN 
& MEMORI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini