KUALA LUMPUR – Menunggang motosikal perlu utamakan keselamatan namun lain pula bagi sekumpulan mat rempit yang melakukan ‘aksi tidak menjadi’ kali ini.
Perkara itu dimuat naik video seorang pemilik akaun Twitter @brgsjks yang menunjukkan penunggang dan pembonceng motosikal membuat aksi ‘whellee’ sehingga menarik ramai pengikutnya memberi ciapan dan komen dalam aksi itu.
Video berdurasi 31 saat itu yang dimuat naik pada 22 Jun lalu berjaya menarik lebih 131,000 ‘view’ serta mendapat 6,828 ‘retweet’ dan 3,555 tanda suka.
Dalam video itu, kelihatan sekumpulan penunggang dan pembonceng motosikal dengan sebahagian besar daripada mereka tidak memakai helmat menunggang secara berbahaya tanpa mengutamakan keselamatan pengguna jalan raya lain.
Dalam aksi itu sebuah motosikal yang dinaiki dua remaja melakukan aksi ‘whellee’ dengan melaluinya di hadapan beberapa gerai tepi jalan.
Namun nasib mereka tidak begitu baik apabila terjatuh selepas melintasi kawasan gerai yang kelihatan terdapat dua perempuan di situ.
Rakaman tersebut turut menyelitkan sebahagian lagu nyanyian Opick yang menjadi ‘penyeri’ dalam aksi tidak menjadi itu.
Berikutan itu pengikut Twitter @brgsjks ‘dihujani’ pelbagai komen termasuk ikon gelak kerana tidak tahan dengan aksi dilakukan penunggang dan pembonceng terbabit.
@solihin_ahmd turut memberi maklum balas terhadap video tersebut.
“Dah tahu benda tu tak elok, tinggi risikonya kau nak mampus masa itu tapi tetap banggan nak buat benda bodoh macam tu..menyusahkan mak bapa kau nak tanggung kau punya rawatan kat hospital kat rumah,” katanya.
Bagi @amxrxn_, nasib mat rempit tersebut tidak begitu baik apabila mereka terjatuh di depan dua remaja perempuan.
“Nampak awek terus jatuh ya,” katanya.
Pesanan kepada mat-mat rempit semua, jika mahu lakukan aksi berbahaya sila pilih litar yang bersesuaian dan jangan pilih jalan raya kerana buruk padahnya terutama depan perempuan. – UTUSAN ONLINE











