PASIR GUDANG – Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Nusa Damai dekat sini kecoh apabila beberapa pelajar pengsan dipercayai terhidu gas toksik pagi tadi. Tinjauan Kosmo! Online kira-kira pukul 10 pagi di sekitar kawasan sekolah terbabit mendapati beberapa ambulans dilihat keluar dari SMK Taman Nusa Damai dipercayai membawa pelajar terkesan akibat pencemaran udara. Kejadian tersebut menyebabkan sesi persekolahan terpaksa ditangguhkan pada pukul 11 pagi tadi. Pelajar SMK Taman Nusa Damai, Akmal Hazim Nazri, 16, berkata pada ketika itu dia menjalankan sesi persekolahan seperti biasa, selain hari ini adalah Hari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya