KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menyifatkan penularan video seks sebagai permainan politik kotor bagi membantutkan pembinaan Malaysia Baharu.
Zuraida berkata, sebarang konspirasi politik bagi membunuh karakter menerusi penularan video tersebut perlu dihentikan.
Sehubungan itu beliau mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan serta membawa pesalah ke muka pengadilan.
“Saya juga ingin menyatakan bahawa keyakinan saya akan kredibiliti,integriti dan personaliti pimpinan yang difitnah tersebut adalah tanpa berbelah bahagi.Keyakinan saya ini adalah berdasarkan latar belakang penuduh yang sangat meragukan dan diketahui mempunyai hubungan baik dengan pihak pembangkang.
“ Pada saat rakyat dan kerajaan sedang bergelut bagi memulihkan keadaan ekonomi negara dan meningkatkan taraf hidup rakyat, permainan politik kotor ini sangat menjengkelkan dan membantutkan usaha pembinaan semula Malaysia Baru,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE











