KUALA LUMPUR – Bapa kepada Ketua Pemuda PKR Bahagian Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz tidak percaya individu yang melakukan aksi intim dengan yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meskipun telah membuat pengakuan tergempar susulan penularan klip video terbabit.
Abdul Aziz Ibrahim yang dipetik akhbar The Sun sebagai berkata, beliau berkali-kali melihat video pengakuan dan lucah itu namun, percaya individu yang membuat pengakuan itu bukanlah anak saya.
“Individu itu nampaknya tidak jujur dan saya tidak rasa itu adalah anak saya.
“Saya juga ada ‘menganalisis klip pengakuan video itu dan dengan melihat postur, pergerakan serta nadanya, dan berharap ia adalah palsu,” katanya seperti yang dilaporkan akhbar itu.
Selepas 24 jam digemparkan penularan video rakaman dua lelaki berbogel sedang intim di atas katil, Haziq Abdullah yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, kelmarin tampil membuat pengakuan dia adalah lelaki dalam aksi seks itu bersama seseorang yang didakwa Mohamed Azmin.
Mohamed Azmin kemudiannya menafikan sekeras-kerasnya penglibatannya dalam video itu dan menyifatkan sebagai satu tuduhan jahat serta kejam. Timbalan Presiden PKR itu juga menegaskan siri fitnah itu adalah komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian serta menjatuhkan dan memusnahkan karier politiknya.
Sementara itu, Abdul Aziz berkata, sejak semalam, beliau gagal menghubungi anaknya selain menyifatkan anak sebagai lelaki yang baik dan percaya Haziq Abdullah bukan golongan sejenis.
HABIS//











