Video seks: Cabaran terbesar PH - Lim Kit Siang - Utusan Malaysia

Video seks: Cabaran terbesar PH – Lim Kit Siang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Video skandal seks sejenis yang mengaitkan seorang menteri kanan Kabinet merupakan cabaran terbesar kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengakui perkara tersebut sambil berkata, atas sebab itu seluruh barisan kepemimpinan PH perlu bersatu untuk melangkah maju ke hadapan dan tidak tergelincir daripada agenda Malaysia baharu.

Sehubungan itu, beliau menyatakan harapan menerusi kenyataan dalam laman blognya agar persidangan Dewan Rakyat yang akan berlangsung bulan depan tidak tertumpu pada video skandal seks sejenis itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apakah rakyat yang mahu menyelamatkan Malaysia pada PRU-14 sewenang-wenang membenarkan isu video seks itu memusnahkan misi unik ‘Selamatkan Malaysia’, setahun kemudian?

“Adakah rakyat juga akan membenarkan sidang Parlimen nanti mengikut agenda pembangkang yang akan obses dengan video itu atau Ahli-Ahli parlimen PH mengubah persidangan itu menjadi paling bersejarah dengan usaha kami dalam menyampaikan janji-janji Malaysia Baharu?” katanya di sini hari ini.

Rabu lalu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz mengakui terlibat dalam video intim yang tular dengan memaparkan dua lelaki berada di atas katil dalam keadaan bogel sambil melakukan aksi seksual. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini