PUTRAJAYA – Tuduhan liwat atas seseorang adalah satu kesalahan qazaf jika tidak dibuktikan dengan empat orang saksi atau pengakuan ikrar orang yang dituduh, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Dalam Islam, katanya, kaedah yang digunakan ialah bukti perlu dikemukakan oleh orang yang mendakwa atau menuduh, manakala orang yang dituduh boleh bersumpah terhadap kebenaran tuduhan tersebut. “Mengikut kaedah itu, orang yang menuduh perlu mengemukakan bukti empat orang saksi…










