Video lucah: Azmin serah siasatan kepada pihak berkuasa - Utusan Malaysia

Video lucah: Azmin serah siasatan kepada pihak berkuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk membuat siasatan menyeluruh berhubung penularan video skandal seks yang mengaitkan beliau dan Ketua Angkatan Muda keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz baru-baru ini.

Timbalan Presiden PKR itu yang berjanji akan memberikan sepenuh komitmen terhadap siasatan itu turut berharap proses siasatan tidak diganggu oleh mana-mana pihak.

“Saya telah memberikan sepenuh komitmen dan saya harap tiada siapa yang mengganggu tugas mereka (untuk menyiasat), let them do their job,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Akrab Aidilfitri Masjid Bukit Antarabangsa di sini hari ini yang turut dihadiri penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suami, Datuk Seri Mohd Khalid Jiwa.

Mohamed Azmin berkata, setakat ini polis belum memanggilnya bagi membantu siasatan tetapi telah mengambil keterangan pembantunya Muhammad Hilman Idham, semalam (14 Jun) dan akan disambung pada Isnin (17 Jun). – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini