PETALING JAYA – Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari mengakui kehidupannya di penjara selama 35 hari akibat kesalahan penyalahgunaan dadah adalah satu rahmat Allah yang memberikannya satu jalan kebenaran. Farid Kamil, 38, yang kelihatan ceria dan tersenyum selepas prosiding tadi berkata, pengalamannya di Penjara Kajang sukar digambarkan dengan perasaan. “Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar dan apa yang ditentukan Allah pastinya akan berlangsung. “Saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih dengan…










