Veteran tentera Britain, Australia hadiri majlis memperingati perang - Utusan Malaysia

Veteran tentera Britain, Australia hadiri majlis memperingati perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seramai 45 orang veteran tentera Britain dan Australia hadir pada Majlis Memperingati Perang yang diadakan di Memorial Perang Perak berhadapan Stesen Kereta Api Ipoh di sini hari ini.

Acara tahunan ini sempena memperingati perajurit yang terkorban ketika Perang Dunia Pertama pada tahun 1914 hingga 1918, Perang Dunia Kedua (1939 hingga 1945), Darurat dan Konfrontasi.

Turut hadir ialah para pegawai kanan serta wakil-wakil daripada Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Britain, Australia dan India.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Ravinder Kumar yang juga Presiden Persatuan Wira Malaysia berkata, majlis tersebut bagi mengenang jasa pahlawan terdahulu.

Menurut beliau, ia bukan sekadar upacara biasa kerana penuh dengan maksud bersejarah yang perlu diingati terutama oleh generasi muda hari ini.

“Kita berbangga dapat menganjurkan acara ini terutama sekali dengan kehadiran para veteran bersama-sama ahli keluarga mereka.

“Pada masa hadapan kita mahu menggalakkan kehadiran para pelajar sekolah serta orang ramai agar sama-sama dapat memperingati acara ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut.

Sehubungan itu, kita Ravinder, pihaknya juga telah bertemu dengan pihak berkaitan untuk menjadikan acara tersebut sebagai salah satu agenda dalam kalendar pelancongan negeri.

Terdahulu, majlis berlangsung dengan nyanyian lagu Kebangsaan disusuli bertafakur selama seminit bagi memperingati perajurit yang terkorban.

Sejurus itu setiap wakil negara dari pertubuhan terpilih meletakkan kalungan bunga sebagai tanda peringatan kepada pejuang terdahulu.

Majlis diiringi persembahan lagu-lagu patriotik daripada Pancaragam Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Australia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini