United yakin ikat Longstaff - Utusan Malaysia

United yakin ikat Longstaff

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Manchester United semakin yakin mereka untuk mendapatkan tandatangan pemain kedua berprofil tinggi iaitu Sean Longstaff pada musim panas ini.

Berdasarkan laporan akhbar Britain, Mirror, Ole Gunnar Solskjaer yakin United boleh memanfaatkan situasi tidak menentu di Newcastle bagi mendapatkan khidmat pemain antarabangsa England Bawah-21 tahun itu pada harga serendah 25 juta pound (RM132 juta).

The Magpies, bulan lalu, yang dilaporkan bakal diambil alih oleh kumpulan pelabur dari Arab Saudi, tetapi usaha tersebut gagal direalisasikan, sementara masa depan pengurus, Rafa Benitez juga berada dalam spekulasi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Longstaff pada awalnya bersedia untuk memberikan komitmen kepada kelab tempat kelahirannya itu, bulan lalu, tetapi ‘godaan’ perpindahan ke Old Trafford mungkin sukar untuk ditolaknya, memandangkan Solskjaer kini sedang membentuk skuad baharu dengan dibarisi pemain muda Britain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini