DI Eropah dan beberapa negara maju lain, mereka kini bergerak ke arah menurunkan usia minimum layak mengundi kepada 16 tahun. Malaysia pula, baru hendak turunkan kepada 18 tahun – 50 tahun selepas United Kingdom (UK) melakukannya pada 1969 di bawah kepemimpinan Harold Wilson. Ketika negara merdeka pada 1957, hampir semua negara menjadikan 21 tahun sebagai had usia minimum layak mengundi. Kemudiannya, satu demi satu negara menurunkan kepada 18 tahun. Kenapa…










