KUALA LUMPUR – Syarikat pemaju hartanah UEM Sunrise Bhd. (UEM Sunrise) memperkenalkan aplikasi hUb sebagai sebahagian daripada usaha syarikat mempertingkatkan pengalaman pelanggan.
Ketua Pemasaran Kumpulan UEM Sunrise, Kenny Wong berkata hUb dibangunkan untuk memenuhi keperluan pelanggan setianya yang dikenali sebagai ‘Tresorian’ serta bakal pembeli rumah dengan inovasi dan digital selari dengan keperluan hari ini.
“Untuk kekal relevan di pasaran, UEM Sunrise mengakui bahawa usaha kami terhadap pengalaman pelanggan, kecemerlangan operasi dan membina komuniti masa hadapan yang mampan bergantung kepada keupayaan kami untuk menyesuaikan diri, berinovasi dan mengintegrasikan teknologi digital ke dalam perniagaan kami.
“Inilah sebabnya kami telah memulakan pelbagai inisiatif digital dan inovasi secara dalaman dan luaran,” katanya pada majlis pelancaran hUb di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE











