UEC: Jangan ulang kesilapan BN - Gerakan - Utusan Malaysia

UEC: Jangan ulang kesilapan BN – Gerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Jun – Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menzahirkan kekecewaan terhadap Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik atas penangguhan laporan hasil kajian pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang akan dibuat Ogos ini.

Dominic berkata, hal itu kerana Maszlee pernah menyatakan yang laporan kajian tersebut akan dibentangkan kepada jemaah Menteri pada Julai ini dan kelewatan selama sebulan tidak boleh diterima sama sekali.

“UEC masih belum diiktiraf walaupun sudah setahun Pakatan Harapan (PH) berkuasa. Kita jangan lupa janji pemimpin PH untuk segera mengiktiraf sistem peperiksaan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“BN telah gagal mengiktiraf UEC dalam tempoh pentadbiran selama enam dekad lalu tetapi mereka telah dihukum rakyat atas kesilapan tersebut dan kehilangan banyak kuasa di negeri serta di peringkat Persekutuan. Kita berharap PH tidak ulang kesilapan sama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini