Twistcode sasar jualan RM100 juta - Utusan Malaysia

Twistcode sasar jualan RM100 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pembina dan pemasang super komputer tempatan, Twistcode Technologies Sdn. Bhd. menyasarkan hasil sebanyak RM100 juta pada akhir tahun ini seiring lonjakan dalam penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan data raya.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nurazam Malim Sidik Malim berkata, sumbangan hasil dijangka disumbang oleh bahagian perisian, perkakasan serta perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan.

“Tahun lepas kami membekalkan super komputer bernilai RM30 juta kepada beberapa syarikat multinasional dan kini mengembangkan portfolio kami kepada sektor perbankan, pembuatan, insurans serta penjagaan kesihatan,” katanya kepada Bernama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, berikutan peningkatan permintaan terhadap pendigitalan, sektor penjagaan kesihatan dan insurans perlu melakukan banyak kerja menggunakan komputer dengan kebanyakan operasi harian dijalankan secara tradisional sekarang.

“Kami bekerjasama dengan mereka untuk memudahkan peralihan kepada automasi serta menyediakan perkhidmatan dengan kecerdasan buatan dan keupayaan untuk melaksanakan pelbagai prosedur secara serentak,” katanya.

Super komputer adalah komputer berprestasi tinggi yang berupaya melaksanakan berjuta-juta arahan sesaat berbanding komputer biasa. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini