PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat satu laporan polis berhubung satu tweet atau ciapan palsu menerusi Twitter di bawah nama Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya yang meminta jemaah haji yang ditaja 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memulangkan semula wang tersebut. SPRM dalam satu kenyataan berkata, laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini pada 24 Jun lalu memandangkan dakwaan berkenaan boleh menimbulkan panik dan keresahan dalam kalangan masyarakat.…










