TUN Dr. Ismail Abdul Rahman, Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri terus diingati sebagai ‘Tokoh Ketiga’ yang paling berpengaruh dalam sejarah politik Malaysia selepas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak. Menurut catatan Profesor Wang Gungwu, Pengarah Institut Asia Timur Universiti Nasional Singapura dalam biografi The Reluctant Politician: Tun Dr. Ismail and His Time (2006) oleh Ooi Kee Beng, Ismail seharusnya menjadi Perdana Menteri ketiga selepas Tun…










