Tukang masak warga Syria diculik rakan senegara - Utusan Malaysia

Tukang masak warga Syria diculik rakan senegara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG – Dua lelaki warganegara Syria dan seorang wanita warga tempatan berjaya ditahan polis Khamis lalu selepas disyaki terlibat dalam kes penculikan seorang tukang masak yang juga warga Syria.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 30 hingga 50 tahun berkenaan ditahan di hadapan sebuah restoran makanan segera di Batu Feringghi di sini kira-kira pukul 9 malam selepas menculik lelaki berkenaan di Jalan Tanjong Tokong pada pukul 5.30 petang, Khamis lalu.

Mangsa berusia 20-an itu dijumpai dalam keadaan tangan diikat pita pelekat di dalam sebuah kereta Proton Persona bersama-sama suspek yang difahamkan dikenali mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihak polis menerima laporan daripada abang mangsa yang memaklumkan bahawa adiknya telah diculik.

“Suspek menghubunginya dan meminta wang tebusan sebanyak RM100,000 dimasukkan ke dalam akaun warga tempatan dalam tempoh dua jam.

“Selepas menerima laporan pihak polis terus bertindak mengesan suspek dan berjaya menahan ketiga-tiga suspek kurang 24 jam daripada kes berkenaan berlaku,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.

Menurut Huzir, siasatan lanjut mendapati seorang suspek warga Syria positif dadah manakala suspek wanita berkenaan juga turut positif dadah jenis methamphetamine.

“Wanita berkenaan juga didapati mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan kes penipuan dan kes dadah.

“Kesemua suspek kini direman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini