KEMAMAN 2 Jun – Seorang tukang cuci maut manakala anak perempuannya cedera apabila motosikal yang dinaiki terlanggar seekor babi sedang melintas dalam kejadian di Kilometer 17 Jalan Mak Lagam – Cheneh dekat sini petang ini. ROSLINA MUHAMAD Penunggang motosikal itu, Roslina Muhamad, 42, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Manakala anaknya, Khairunisa Radin, 21, yang membonceng motosikal tersebut cedera di tangan dan dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut. Ketua Polis daerah ini, Superintenden Mohd. Said Ibrahim berkata, dua beranak itu tinggal di Felda Neram 2 Bandar Cheneh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya