WASHINGTON 1 Jun – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bakal mengumumkan hasratnya untuk bertanding pada pilihan raya Presiden tahun depan. Pengumuman itu dijangka dibuat pada bulan hadapan di Orlando, Florida. “Saya akan mengumumkan penyertaan saya bersama isteri saya, Melania dan Naib Presiden, Mike Pence serta isterinya, Karen pada 18 Jun kelak,” kata Trump menerusi Twitter. – BERNAMA