Treler gagal daki bukit rempuh tiga kereta - Utusan Malaysia

Treler gagal daki bukit rempuh tiga kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Tiga kenderaan rosak teruk selepas dilanggar treler membawa muatan besi dalam kejadian di Taman Wawasan, Puchong dekat sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu berlaku apabila treler jenis Volvo tersebut dikatakan cuba mendaki jalan berbukit namun gagal lalu mengundur sebelum merempuh tiga kereta yang diletakkan di bahu jalan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, hasil siasatan mendapati treler terbabit dalam perjalanan dari Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) menghala ke tempat pembinaan berhampiran Hosspital Columbia di Bandar Puteri, Puchong dekat sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sejurus selepas kejadian, treler tersebut ditinggalkan di lokasi kejadian dan kita sedang cuba mendapatkan butiran pemandu. Usaha mengesan giat dijalankan.

“Pemeriksaan mendapati kenderaan yang rosak teruk terdiri daripada Proton Saga BLM, Honda Jazz dan Mazda. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ismadi berkata, kes disiasat di bawah Peraturan 10 LN 166/59 Kaedah- Kaedah Lalu Lintas 1959.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini